Hujan yang tidak menentu telah membawa batu-batu kecil dan pasir ke dalam empangan air paip. Ini menyebabkan bekalan air ke seluruh kampung terganggu. Untuk mengatasi masalah ini, Jawatankuasa Kampung telah mengerahkan seluruh penduduk untuk membersihkan kawasan empangan secara bergotong royong.
Kerja membersihkan empangan kali ini memakan masa selama 2 hari, pada 10 dan 11 Oktober 2009. Selain dari warga kampung, 2 unit pasukan tentera Thai juga menghantar wakil masing-masing menyertai kerja ini. 2 unit ini ialah Unit Pembangunan (Chut Pattana) dan Thai Royal Police (polis sempadan). Kerja membersihkan ampangan air paip pada pokoknya tertumpu pada membuang keluar pasir dan batu-batu kecil di dasar empangan.
Projek rancangan pelaksanaan 555 ini mendapat sokongan dari polisi kerajaan, kewangannya dari sokongan 6 unit pembangunan masyarakat, dapat wang dari kerajaan untuk membantu menyelesaikan tempat kediaman bagi orang2 yang berpendapatan rendah, orang miskin dan orang yang tertimpa bencana. tegasnya bagi orang2 yang berpendapatan rendah, orang miskin, orang cacat dan orang yang bujang darikeadaan yang tak aman. Bentuk bantuan seperti pertolongan membuat rumah baru, menyambung dan memperbaiki rumah. Bantuannya disampaikan dalam berbentuk barang2 perabut bukan bentuk mata wang. Semua kerja harus di lakukan sendiri oleh orang berkenaan.
Bagi yang mahu membuat rumah baru bantuannya tidak melebihi 200,000 bath dan bagi yang mahu memperbaiki rumah pula bantuannya tak melebihi 30,000 bath.
-Pimpinan Kehormat Kampung, Bapa Abdullah C.D. dan Ibu Suriani -Jawatankuasa Kampung -Jawatankuasa Masjid Darul Aman -Badan Kebajikan Kampung -Dan seluruh warga
Ban Chulabhorn Patana 12, 8 September 2009 - Menjelang waktu maghrib, Pegawai Daerah Sukhirin D.O. Worachet bersama satu rombongan kakitangan pejabat daerah dan pasukan pengawal tiba di sini untuk meraikan majlis berbuka puasa. Sebelum masuk waktu berbuka, Pegawai Daerah membuat ucapan pendek dan menyampaikah hadiah kepada pihak kampung. Atas perhatian yang mendalam ini, Kampung Chulabhorn Patana 12 mengucapkan ribuan terima kasih.
ท่านนายอำเภอได้กล่าวคำพบปะชาวบ้าน
pegawai daerah menyampaikan ucapan ringkas
Pilihanraya memilih presiden dan anggota wakil rakyat peringkat mukim diadakan pada 6 September 2009. Pemilihan diadakan di moo (seksyen) masing-masing. Calon Presiden dipilih oleh seluruh penduduk di Mukim Sukhirin yang terdiri dari 13 moo manakala calon anggota dipilih oleh penduduk dalam moo masing-masing.
-นายแวนูดี แวกือจิได้คะแนนสูงสุด 143 และนายดาฮารี บินอูเซ็ง ได้คะแนน 77 คะแนน. -dimenangi oleh Wan Nudi Wan Kecik dengan suara 143 dan Dahari Binhusin dengan suara 77
นายเกียรติศักดิ์ ปัทมินทร์ Kiettisak Patthameen
นายแวนูดี แวกือจิ Wan Nudi Wankecik
นายดาฮารี บินอูเซ็ง Dahari Benhusen
ภาพผู้ไปเลือกตั้งของหมู่บ้านจุฬาภรณ์พัฒนา12 หมู่ที่13 เมื่อวันที่ 6 กันยายน 2552 Gambar pemilihan di Moo 13, Ban Chulabhorn Patana 12 pada 6 September 2009