บ้านจุฬาภรณ์พัฒนา12 BAN CHULABHORN PATANA 12 @ KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Rabu, 2 Disember 2009

วันรำลึกครบรอบ 20 ปี สนธิสัญญาสันติภาพที่หาดใหญ่ / Memperingati 20 Tahun Penandatanganan Hadyai

-->
รำลึกครบรอบ 20 ปี การลงนามสนธิสัญญาสันติภาพ 3 ฝ่าย ระหว่างรัฐบาลไทย-มาเลเซีย และ สมาชิกพรรคคอมมิวนิสต์มาลายา(พคม.)
วันที่ 30 พฤศจิกายน 2552
ณ. โรงแรมลีการ์เด้นส์(เก่า) อ.หาดใหญ่ จ.สงขลา


30 November, Hadyai : Hotel Lee Gardens hari ini dipenuhi dengan anggota PKM yang juga adalah bekas perajurit TRM. Suatu perayaan besar-besaran untuk memperingati 20 tahun persetujuan damai Hadyai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan PKM diadakan dengan meriahnya. Pemimpin penting PKM yang menghadiri majlis tersebut ialah Chen Ping, Abdullah C.D., Ah Chen dan Suriani Abdullah. Bekas perajurit di 4 buah kampung perdamaian di selatan Thailand iaitu Kampung Chulabhorn Patana 9 (Banlang, Yala), Kampung Chulabhorn Patana 10 (Betong, Yala), Kampung Chulabhorn Patana 11 (Balok, Yala), Kampung Chulabhorn Patana 12 (Sukhirin, Narathiwat) dan sejumlah besar bekas perajurit yang pulang ke Malaysia yang tergabung dalam Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 telah menghadiri majlis tersebut. Walau bagaimanapun, kerana ruangan perayaan terhad, tidak semua mereka dapat menyertai. Kira-kira hampir 1,000 orang telah menghadiri tersebut.
Sebelum perayaan dimulakan, Persatuan Abad Ke-21 telah mengadakan mesyuarat agung tahun 2009 dan meluluskan beberapa resolusi.
Ini merupakan perkumpulan julung-julung kali diadakan setelah termaterinya perjanjian perdamaian Haadyai 20 tahun yang lalu. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Kawan Chen Ping dan pertemuan rakan seperjuangan yang telah berpisah selama 20 tahun. Tiada kata seindah bahasa untuk melukiskan betapa gembira dan terharunya setiap bekas perajurit.
Indradjaja Abdullah yang menjadi pengerusi majlis telah menyampaikan ucapan ringkas yang antara lain berbunyi: "20 tahun telah berlalu, kami dengan bangga mengumumkan, pihak Parti Komunis Malaya telah melaksanakan semua janji dan kewajipan yang ditentukan oleh Perjanjian Damai Haadyai" .
Chin Peng yang selalu dinanti-nantikan kehadirannya oleh setiap bekas perajurit menjadi perhatian utama kawan-kawan dan para wartawan. Beliau telah menyampaikan ucapan di depan majlis yang dianggapnya sebagai ucapan “terakhir” untuk kawan-kawan. Yang teramat pilu ialah diakhir ucapannya, beliau menyebut “selamat tinggal”.
Di beritakan bahawa, selepas perayaan di Hadyai, setiap kampung perdamaian di Selatan Thailand akan mengadakan perayaan memperingati 20 tahun perdamaian di tempat masing-masing.
pengerusi majlis Indradjaja Abdullah
Chen Ping
H.E. Thavorn Senniam
keadaan di dewan perayaan

-->












Tiada ulasan:

Catat Ulasan